Wednesday 14 December 2011

mengira secara hafalan

Woit...cepatnya kira....abjek ada 3 ..kira jadi 5...la bole lak cam tuh?? Bagi murid apa yang penting ..tidak kena marah..jadi cikgu suruh kira..kira je lah apa yang dihafal sejak kecil..betul ke salah ke...bukan menjadi hal...oleh itu ye...adalah penting bagi kita untuk pastikan murid memegang objek itu semasa mengira..jika di atas kertas,coretkan sedikit di atas gambar semasa mengira.....boleh...mesti boleh...cubalah..

ingatan chipsmore

Alahai....camner tuh....tidak dinafikan,ada murid yang ingatannya singkat...jadinya disinilah tugas guru untuk mempraktikaan ilmu kreatif dan kritis kita....

Selalunya murid ini tidak ingat rupa bentuk angka...9 dengan 6...3 dengan 2..7 dengan 9 .
Saya menggunakan teknik bermain tanah liat untuk membentuk angka. dan juga menggunakan kad poket. Murid akan saya bekalkan dengan 2 kad sehari untuk dilihat dan disebut. Apabila saya berjumpa dengannya,saya akan minta murid tunjukkan kad angka yang saya sebut. Murid akan bertanya kepada rakan rakan pada awalnya..tetapi selepas rehat,murid akan dapat menunjukkan angka yang betul...cubalah..menyeronokkan dan penuh `suprise..

Friday 11 November 2011

langkah perlahan-lahan..jika terjatuh..bangun dan cuba lagi...

Hai..masih berjuang untuk murid....???.kalau anda ada problem murid ayng susah memberi tumpuan di dalam kelas...senang jer...caranya...libatkan murid itu semaksimum mungkin dalam menjawab soalan secara lisan mahupun di hadapan kelas...pujian pun mestu diberikan contohnya..mujur ada Kimi,kalau tidak siapa nak jawab soalan cikgu ni...,pandai Kimi jawab soalan ini,kalau murid lain belum tentu boleh...secara tak langsung,murid lain akan `berdengki` untuk menjawab dan memberi respon semasa mengajar...demi untuk pujian seorang guru....dan pendekatan  ini boleh praktik untuk murid tahun satu dan dua sahaja....murid yang besar-besar tu lain pulak taktiknya....he..he...perlu bijak selangkah dari murid yang `otai`....

Tuesday 8 November 2011

terus menapak... jangan terus berlari....

Untuk pengetahuan semua...apabila  saya mengajar murid yang linus ini.,pastikan kita berada sangat dekat dengan murid.Penting bagi guru numerasi untuk memegang jari murid untuk mengira...menunjuk nombor yang disebut...membuat bentuk angka yang ditunjuk atau melakar bentuk angka tersebut...biar konsentrasi murid tidak melayang ke `tempat lain` semasa kita mengajar....itu yang paling penting...biar murid memegang bahan maujud yang kita sediakan untuk mengira atau membuat sesuatu operasi tambah atau tolak....jangan lupakan juga untuk memberi pujian dan imbuhan apabila murid berjaya menjawab soalan yang diberikan.....

langkah terus melangkah...




Ha begitulah seterusnya sehingga kini dah ada 6 saringan untuk kohort 1 dan 3 saringan untuk kohort 2....
Tak pandai pun murid yang dah ke `aliran perdana`???rungut guru yang tidak mengajar kelas linus...
La....mmglah...linus itu sendiri membawa pengertian...tahu...dan faham...boleh buat..mereka ini baru mendapat sedikit cahaya  dan pedoman dan kematangan untuk menerajui ilmu numerasi yang penuh teka teki ini...berilah mereka masa untuk mengayuh sama laju bersama murid yang dari awal tahun telah `diperdanakan`..wokeh????
Senang cerita....kalau memanjang nak ajar murid hok buleh doh....bila nak guna skill yang terpendam tu...
Satu kemahiran dan pengalaman yang tidak dapat di `cd` kan...apatah lagi untuk dijual beli...nak tahu dan merasa ...tahun depan pakat-pakat minta dengan guru besar:nak mangajar kelas yang ada murid linus:Baru hidup ini penuh warna -warni dan bermakna...Begitulah adapun asam garam sabagai seorang guru...

Saturday 5 November 2011

langkah kedua.....

sSelepas saringan lisan dan menulis.selesai ,..mengikut ketetapan..murid mesti menguasai sekurang-kurangnya konstruk 1-8.....kalau kurang pada konstruk 8...maka kita kategorikan murid itu sebagai murid progran linus numerasi..dan sekiranya konstruk 1 dan 2 sahaja..murid itu perlu diberi perhatian lebih dan...dikategorikan sebagai murid linus tegar untuk saringan ini.....saringan kedua....sekiranya berjaya melepasi konstruk 1 dan 2...tarafnya telah menjadi...murid linus sahaja..yang penting disini,bermula agenda seseorang guru numerasi untuk menggunakan pelbagai bahan dan teknik agar murid linus tersebut dapat menguasai semua konstruk...
ehhhhh ,tak ingat pulak nak bagitahu : murid yang melepasi semua konstruk dan menguasai konstruk 9 ke atas...dikategorikan sebagai murid aliran perdana..
Dalam program linus ini,bahan dan modul terancang telah disediakan..maka ikut je lah....tambahlah `asam,garam gulanya`...sedikit sebanyak ...boleh membantu guru memantapkan lagi pemahaman murid tersebut...

Thursday 3 November 2011

Saringan pertama : Mac

Sebelum saringan guru LINUS dipanggil untuk diberi taklimat untuk pelaksanaannya.
Saringan terbahagi dua iaitu Lisan dan Bertulis...
Soalan lisan : Saring semua soalan yang terdapat di dalam buku soalan.
Buat secara berlima,bertiga atau individu lebih baik
Saring di tempat yang selesa tanpa gangguan dan tiada tekanan kepada murid.
Buat sekali lagi bagi soalan yang tidak dapat dijawab oleh murid dengan sempurna..
Catat status murid di borang pelaporan.....
Bagi saringan bertulis juga sama...yang penting jalankan secara informal..bukan berbentuk peperiksaan.
Saring semua murid..Key in dapatan di dalam portal
LINUS di atas talian.....