Wednesday, 14 December 2011

mengira secara hafalan

Woit...cepatnya kira....abjek ada 3 ..kira jadi 5...la bole lak cam tuh?? Bagi murid apa yang penting ..tidak kena marah..jadi cikgu suruh kira..kira je lah apa yang dihafal sejak kecil..betul ke salah ke...bukan menjadi hal...oleh itu ye...adalah penting bagi kita untuk pastikan murid memegang objek itu semasa mengira..jika di atas kertas,coretkan sedikit di atas gambar semasa mengira.....boleh...mesti boleh...cubalah..

ingatan chipsmore

Alahai....camner tuh....tidak dinafikan,ada murid yang ingatannya singkat...jadinya disinilah tugas guru untuk mempraktikaan ilmu kreatif dan kritis kita....

Selalunya murid ini tidak ingat rupa bentuk angka...9 dengan 6...3 dengan 2..7 dengan 9 .
Saya menggunakan teknik bermain tanah liat untuk membentuk angka. dan juga menggunakan kad poket. Murid akan saya bekalkan dengan 2 kad sehari untuk dilihat dan disebut. Apabila saya berjumpa dengannya,saya akan minta murid tunjukkan kad angka yang saya sebut. Murid akan bertanya kepada rakan rakan pada awalnya..tetapi selepas rehat,murid akan dapat menunjukkan angka yang betul...cubalah..menyeronokkan dan penuh `suprise..

Friday, 11 November 2011

langkah perlahan-lahan..jika terjatuh..bangun dan cuba lagi...

Hai..masih berjuang untuk murid....???.kalau anda ada problem murid ayng susah memberi tumpuan di dalam kelas...senang jer...caranya...libatkan murid itu semaksimum mungkin dalam menjawab soalan secara lisan mahupun di hadapan kelas...pujian pun mestu diberikan contohnya..mujur ada Kimi,kalau tidak siapa nak jawab soalan cikgu ni...,pandai Kimi jawab soalan ini,kalau murid lain belum tentu boleh...secara tak langsung,murid lain akan `berdengki` untuk menjawab dan memberi respon semasa mengajar...demi untuk pujian seorang guru....dan pendekatan  ini boleh praktik untuk murid tahun satu dan dua sahaja....murid yang besar-besar tu lain pulak taktiknya....he..he...perlu bijak selangkah dari murid yang `otai`....

Tuesday, 8 November 2011

terus menapak... jangan terus berlari....

Untuk pengetahuan semua...apabila  saya mengajar murid yang linus ini.,pastikan kita berada sangat dekat dengan murid.Penting bagi guru numerasi untuk memegang jari murid untuk mengira...menunjuk nombor yang disebut...membuat bentuk angka yang ditunjuk atau melakar bentuk angka tersebut...biar konsentrasi murid tidak melayang ke `tempat lain` semasa kita mengajar....itu yang paling penting...biar murid memegang bahan maujud yang kita sediakan untuk mengira atau membuat sesuatu operasi tambah atau tolak....jangan lupakan juga untuk memberi pujian dan imbuhan apabila murid berjaya menjawab soalan yang diberikan.....

langkah terus melangkah...




Ha begitulah seterusnya sehingga kini dah ada 6 saringan untuk kohort 1 dan 3 saringan untuk kohort 2....
Tak pandai pun murid yang dah ke `aliran perdana`???rungut guru yang tidak mengajar kelas linus...
La....mmglah...linus itu sendiri membawa pengertian...tahu...dan faham...boleh buat..mereka ini baru mendapat sedikit cahaya  dan pedoman dan kematangan untuk menerajui ilmu numerasi yang penuh teka teki ini...berilah mereka masa untuk mengayuh sama laju bersama murid yang dari awal tahun telah `diperdanakan`..wokeh????
Senang cerita....kalau memanjang nak ajar murid hok buleh doh....bila nak guna skill yang terpendam tu...
Satu kemahiran dan pengalaman yang tidak dapat di `cd` kan...apatah lagi untuk dijual beli...nak tahu dan merasa ...tahun depan pakat-pakat minta dengan guru besar:nak mangajar kelas yang ada murid linus:Baru hidup ini penuh warna -warni dan bermakna...Begitulah adapun asam garam sabagai seorang guru...

Saturday, 5 November 2011

langkah kedua.....

sSelepas saringan lisan dan menulis.selesai ,..mengikut ketetapan..murid mesti menguasai sekurang-kurangnya konstruk 1-8.....kalau kurang pada konstruk 8...maka kita kategorikan murid itu sebagai murid progran linus numerasi..dan sekiranya konstruk 1 dan 2 sahaja..murid itu perlu diberi perhatian lebih dan...dikategorikan sebagai murid linus tegar untuk saringan ini.....saringan kedua....sekiranya berjaya melepasi konstruk 1 dan 2...tarafnya telah menjadi...murid linus sahaja..yang penting disini,bermula agenda seseorang guru numerasi untuk menggunakan pelbagai bahan dan teknik agar murid linus tersebut dapat menguasai semua konstruk...
ehhhhh ,tak ingat pulak nak bagitahu : murid yang melepasi semua konstruk dan menguasai konstruk 9 ke atas...dikategorikan sebagai murid aliran perdana..
Dalam program linus ini,bahan dan modul terancang telah disediakan..maka ikut je lah....tambahlah `asam,garam gulanya`...sedikit sebanyak ...boleh membantu guru memantapkan lagi pemahaman murid tersebut...

Thursday, 3 November 2011

Saringan pertama : Mac

Sebelum saringan guru LINUS dipanggil untuk diberi taklimat untuk pelaksanaannya.
Saringan terbahagi dua iaitu Lisan dan Bertulis...
Soalan lisan : Saring semua soalan yang terdapat di dalam buku soalan.
Buat secara berlima,bertiga atau individu lebih baik
Saring di tempat yang selesa tanpa gangguan dan tiada tekanan kepada murid.
Buat sekali lagi bagi soalan yang tidak dapat dijawab oleh murid dengan sempurna..
Catat status murid di borang pelaporan.....
Bagi saringan bertulis juga sama...yang penting jalankan secara informal..bukan berbentuk peperiksaan.
Saring semua murid..Key in dapatan di dalam portal
LINUS di atas talian.....

Tuesday, 1 November 2011

tak kenal ...tak tahu..

Apabila menjejak kaki ke Kelas Thn satu di awal tahun..besarnya harapan agar semua murid telah melepasi asas 3 M.Membaca,Menulis dan Mengira.Namun begitu masih ada murid yang di awal pengamatan saya...masih kurang pegangan asas ini.,terutama dalam bidang saya iaitu numerasi....

Saya minta murid membilang semua alatan/benda yang ada di dalam pencil case diaorang yang comel tu.dari situ saya boleh lihat ada murid yang cepat membilang tetapi nombor yang disebut tidak sama dengan benda yang ada di depan matanya.....Ha...cepat-cepat saya tandakan namanya sebagai murid yang perlukan `sentuhan` dari saya...kemudian ada pula murid yang membilang...tetapi tidak jelas sebutannya...juga saya ambil namanya..dan ada juga murid yang membilang dengan hati...dan nombor yang disebut sama dengan bilangan benda...juga ambil namanya ...tetapi diruang yang lain..
Bukan apa, ada murid yang kekadang bilang semua jarinya pun ada lapan jer...kadang tu...bukak jari baru 3..sebutnya laju dah jadi enam...adoiii...sah...saringan awal kantoi...tapi itulah cabaran yang harus guru linus tempuhi...

Monday, 24 October 2011

uji jangan tak uji....

Hai...semua orang bz ker...???? Ala jangan la gitu...sibuk camner pun..tugas tetap tugas,
kalau nak tahu...prosedurnya pertama...semua murid kena duduki ujian saringan ini. lisan mahupun bertulis...lepas tapisan pertama ...selalunya ramai yang lulus...terutamanya kalau murid dari kelas pra...terima kasih guru pra... 
Anak siapa tu yang tak lepas tu? Tak kiralah..yang penting guru tetap tidak memilih anak murid untuk di ajar.Asal tak lepas jer....akan ku ajar sampai boleh ....ha...di sinilah intipati utamanya...
Kebanyakkan murid yang tak lepas tapisan pertama adalah murid yang memang lambat penerimaannya,atau murid yang memang tidak ke tadika,atau anak manja sikit...anak bongsu atau anak sulung...ha...sape terasa tu...???Ala rileks la...kecik-kecik memang semua orang cam tu...
Mereka ini dikategorikan murid di dalam program linus...dan ada le yang parah sikit tu....kita kategorikan sebagai murid LINUS TEGAR, bukan miskin tegar tau....

finally...

Alhamdulilah....akhirnya semua 28 anak didik 1 Arif telah diperdanakan.....wa...(sapo cikgu dia ekkk)..
Secara teorinya,murid ini bukan terdiri dari mereka yang buta huruf,tetapi baru sampai tahap matang untuk belajar...mereka dah ready nak belajar..jadi..pentingnya bagi  guru untuk tidak lalai dengan perubahan anak-anak murid.....tapi tu la......?????nanti ...jap nak wat kerja lain dulu...bersambung...
 Bersama-sama Puan Aklima yang telah melibatkan diri dalam dunia LINUS.
Besar hati kami untuk melihat murid ini dapat menguasai kemahiran seperti murid lain suatu hari nanti. Hanya masa yang akan menentukan. Usaha demi usaha telah kutaburi hanya mampu berserah pada yang maha Esa.

Friday, 21 October 2011

Kem LINUS( khas untuk murid LINUS tegar)

Kem LINUS tempat saya pun dah selesai...PPD telah menjemput sekumpulan guru LINUS untuk bergabung tenaga dan idea untuk cuba `melatih` dan menceriakan sekumpulan murid yang berada di tahap LINUS tegar...
Alahai...letihnyer...tapi seronok keraana inilah kali pertama kami berada di dalam satu dewan dan memerah otak dan tenaga menghasilkan perbagai alat bantu mengajar yang benar-benar berkualiti untuk menarik minat murid-murid ini.....seterusnya berharap agar mereka ini melepasi konstuk 2 untuk menjadikan mereka bebas dari dibelengu tegar linus ini....gembiranya hati kerana dengan mengaplikasikan BBM yang kami hasilkan..mereka mulai membuka hati untuk bergembira sambil belajar...apa taknya...dari mula murid ini menghadirkan diri...sebilangan beasarnya....nak senyum pun...susah..apatah lagi untuk membuka mulut menyebut apa yang di ajar...sabar...sabar...kami guru linus terus mencuba pelbagai cara dan menyusun ayat memujuk agar murid tegar ini memberi kerjasama...sentuhan .belaian kasih serta pujian dan imbuhan juga kami sediakan....
FINALLY>>>>dari 29 orang ..tinggallah...dalam 4 orang sahaja yang masih TEGAR....ok...satu pencapaian yang mengejutkan..

FasiLINUS PPD Tanah Merah
Pendidikan

Thursday, 20 October 2011

masuk paper program LINUS

Waaaaa....glamer you...masuk gak paper tentang LINUS....Harian Metro,Rabu 19 Oktober 2011.......silalah baca...semua tentang LINUS ada di dalamnya...
Ayat yang paling baguih sekali " Guru yang berprestasi terbaik ditugaskan ke Tahun 1 dan 2 iaitu program LINUSdan bukan hanya tahun peperiksaan yakni tahun 6...begitulah adapun darjat guru LINUS ini.
Yes!memang betul pun,kami guru LINUS amat berat tanggungjawabnya.Di samping mengajar supaya menguasai kemahiran tertentu.emosi murid-murid ini amat sensiitif serta tidak dapat diagak bilakah masa yang sesuai untuk `dia` bersedia untuk menerima input dari guru......
Murid LINUS juga sukakan perhatian dan belaian lebih dari guru...dan sepanjang 2 tahun bersama murid ini,saya amat terharu apabila kini semuanya telah ke alairan perdana...cuma seorang lagi masih murid LINUS TEGAR.....
Biasalah...nyior setandan...adalah sebutir dua yang komeng tu.....

Sunday, 16 October 2011

target-maget

Setelah ujian lisan di jalankan,Alhamdulilah lulus semua anak didik ku yang `tersangkut` disaringan yang lepas....ha nak rahsianya..alah..murid-murid kawan-kawan gurudari sekolah lain mesti dah lama `zero linus`..kan?
Anyway,saya ada `buah kilas` tersendiri menangani murid-murid di kategori `linus` ini..dengan kata lain...teknik serta taktik bagus punya telah ku gunakan...
NKRA...ku menuju ke arah kejayaan....tunggu...........
saya akan kupaskan sedikit sebanyak cara-cara dan pendekatan yang berbeza menghadapi `murid linus ` ini...yang penting sekali....WUJUDKAN MEREKA DI HATI KITA.......CARI MEREKA SETIAP HARI UNTUK BERTANYA ITU DAN INI.....FIKIRKAN APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SESUATU UNTUK MEREKA PADA KEESOKKAN HARINYA.......

Thursday, 6 October 2011

Saringan 3 sedang berlansung..

Hai...saya sedang melaksanakan saringan ke 3 Numerasi...nak upload soalan pun...ilmu tak cukup...nnt saya `menuntut` lagi....
Anyway....mengikut soalan kali ini,aiiiii...BERES!..tekan sikit jer...dah boleh jawab...anak murid sapa tuh....(riak sikittt)
Sebenarnya ,murid itu bukan tak boleh,tapi mungkin tahap matang atau kehendak belajar belum bersemai di umur 6 tahun lebih-lebih ni....
Bila saya mendekati murid sedemikian,antara faktor kenapa mereka ini lambat menguasai sesuatu tajuk...tak lain tak bukan..1.terlebih manja(hanya menanti arahan guru seterusnya untuk berbuat sesuatu)
                       2. Tak pergi tadika di umur 6 tahun...nak pandai camner???? 
                       3. Dia pandai ke ,tak pandai ke...ada sesiapa  peduli??? (ibu ayah) terutamanya...                                        4 . Sememangnya murid ini adalah murid bermasalah pembelajaran

Monday, 3 October 2011

saringan 3 dan 6

Hai...dah dapat soalan saringan 3 dan 6. Boleh tahan juga susahnya.Silap-silap murid yang baru nak lulus ke aliran perdana boleh jatuh semula.Apapun,kita diberi masa sehingga 21 okt . ni....banyak masa bagi yang ada murid sedikit,tapi yang ada murid ramai kenalan minta tolong kengkawan yang lain.

Sunday, 2 October 2011

alamak...ter`confius `ke?Ha..kali ni...ok punya.

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2013.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Kemahiran asas Numerasi
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


Saturday, 1 October 2011

Ok...lepas tu apa pulak...

Ok...sebelum tu kita kena tahu bahawa LINUS adalah salah satu NKRA kerajaan Malaysia yang targetnya pada tahun 2013 tiada lagi murid yang normal yang buta huruf......Ha..ok lah tu...

Kerajaan telah berhabis banyak wang dan masa serta tenaga  untuk menjayakan program ini...siapa yang menggerakkan jentera itu.???..sapa lagi kalau bukan guru...dan dikatakan guru LINUS ini bukanlah calang-calang orang tau......intan terpilih saje...sapa nak jadi guru LINUS sila angkat kening...

apa itu LINUS?

LINUS????? Anak saya termasuk dalam senarai LINUS??????? 

Aduh....jangan panik...jangan meradang...jangan sesekali menidakkan pula... 

KENAPA?

LINUS merupakan satu ujian saringan yang menguji kebolehan murid untuk menguasai konsep nombor dan huruf.Jadi adalah perkara biasa bagi guru untuk mendignos anak anda dengan pelbagai pengetahuan sedia ada.