Thursday, 20 October 2011

masuk paper program LINUS

Waaaaa....glamer you...masuk gak paper tentang LINUS....Harian Metro,Rabu 19 Oktober 2011.......silalah baca...semua tentang LINUS ada di dalamnya...
Ayat yang paling baguih sekali " Guru yang berprestasi terbaik ditugaskan ke Tahun 1 dan 2 iaitu program LINUSdan bukan hanya tahun peperiksaan yakni tahun 6...begitulah adapun darjat guru LINUS ini.
Yes!memang betul pun,kami guru LINUS amat berat tanggungjawabnya.Di samping mengajar supaya menguasai kemahiran tertentu.emosi murid-murid ini amat sensiitif serta tidak dapat diagak bilakah masa yang sesuai untuk `dia` bersedia untuk menerima input dari guru......
Murid LINUS juga sukakan perhatian dan belaian lebih dari guru...dan sepanjang 2 tahun bersama murid ini,saya amat terharu apabila kini semuanya telah ke alairan perdana...cuma seorang lagi masih murid LINUS TEGAR.....
Biasalah...nyior setandan...adalah sebutir dua yang komeng tu.....

Sunday, 16 October 2011

target-maget

Setelah ujian lisan di jalankan,Alhamdulilah lulus semua anak didik ku yang `tersangkut` disaringan yang lepas....ha nak rahsianya..alah..murid-murid kawan-kawan gurudari sekolah lain mesti dah lama `zero linus`..kan?
Anyway,saya ada `buah kilas` tersendiri menangani murid-murid di kategori `linus` ini..dengan kata lain...teknik serta taktik bagus punya telah ku gunakan...
NKRA...ku menuju ke arah kejayaan....tunggu...........
saya akan kupaskan sedikit sebanyak cara-cara dan pendekatan yang berbeza menghadapi `murid linus ` ini...yang penting sekali....WUJUDKAN MEREKA DI HATI KITA.......CARI MEREKA SETIAP HARI UNTUK BERTANYA ITU DAN INI.....FIKIRKAN APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SESUATU UNTUK MEREKA PADA KEESOKKAN HARINYA.......

Thursday, 6 October 2011

Saringan 3 sedang berlansung..

Hai...saya sedang melaksanakan saringan ke 3 Numerasi...nak upload soalan pun...ilmu tak cukup...nnt saya `menuntut` lagi....
Anyway....mengikut soalan kali ini,aiiiii...BERES!..tekan sikit jer...dah boleh jawab...anak murid sapa tuh....(riak sikittt)
Sebenarnya ,murid itu bukan tak boleh,tapi mungkin tahap matang atau kehendak belajar belum bersemai di umur 6 tahun lebih-lebih ni....
Bila saya mendekati murid sedemikian,antara faktor kenapa mereka ini lambat menguasai sesuatu tajuk...tak lain tak bukan..1.terlebih manja(hanya menanti arahan guru seterusnya untuk berbuat sesuatu)
                       2. Tak pergi tadika di umur 6 tahun...nak pandai camner???? 
                       3. Dia pandai ke ,tak pandai ke...ada sesiapa  peduli??? (ibu ayah) terutamanya...                                        4 . Sememangnya murid ini adalah murid bermasalah pembelajaran

Monday, 3 October 2011

saringan 3 dan 6

Hai...dah dapat soalan saringan 3 dan 6. Boleh tahan juga susahnya.Silap-silap murid yang baru nak lulus ke aliran perdana boleh jatuh semula.Apapun,kita diberi masa sehingga 21 okt . ni....banyak masa bagi yang ada murid sedikit,tapi yang ada murid ramai kenalan minta tolong kengkawan yang lain.

Sunday, 2 October 2011

alamak...ter`confius `ke?Ha..kali ni...ok punya.

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2013.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Kemahiran asas Numerasi
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


Saturday, 1 October 2011

Ok...lepas tu apa pulak...

Ok...sebelum tu kita kena tahu bahawa LINUS adalah salah satu NKRA kerajaan Malaysia yang targetnya pada tahun 2013 tiada lagi murid yang normal yang buta huruf......Ha..ok lah tu...

Kerajaan telah berhabis banyak wang dan masa serta tenaga  untuk menjayakan program ini...siapa yang menggerakkan jentera itu.???..sapa lagi kalau bukan guru...dan dikatakan guru LINUS ini bukanlah calang-calang orang tau......intan terpilih saje...sapa nak jadi guru LINUS sila angkat kening...

apa itu LINUS?

LINUS????? Anak saya termasuk dalam senarai LINUS??????? 

Aduh....jangan panik...jangan meradang...jangan sesekali menidakkan pula... 

KENAPA?

LINUS merupakan satu ujian saringan yang menguji kebolehan murid untuk menguasai konsep nombor dan huruf.Jadi adalah perkara biasa bagi guru untuk mendignos anak anda dengan pelbagai pengetahuan sedia ada.