There was an error in this gadget

Sunday, 2 October 2011

alamak...ter`confius `ke?Ha..kali ni...ok punya.

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2013.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

Kemahiran asas Numerasi
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai


No comments:

Post a Comment