Wednesday, 14 December 2011

mengira secara hafalan

Woit...cepatnya kira....abjek ada 3 ..kira jadi 5...la bole lak cam tuh?? Bagi murid apa yang penting ..tidak kena marah..jadi cikgu suruh kira..kira je lah apa yang dihafal sejak kecil..betul ke salah ke...bukan menjadi hal...oleh itu ye...adalah penting bagi kita untuk pastikan murid memegang objek itu semasa mengira..jika di atas kertas,coretkan sedikit di atas gambar semasa mengira.....boleh...mesti boleh...cubalah..

ingatan chipsmore

Alahai....camner tuh....tidak dinafikan,ada murid yang ingatannya singkat...jadinya disinilah tugas guru untuk mempraktikaan ilmu kreatif dan kritis kita....

Selalunya murid ini tidak ingat rupa bentuk angka...9 dengan 6...3 dengan 2..7 dengan 9 .
Saya menggunakan teknik bermain tanah liat untuk membentuk angka. dan juga menggunakan kad poket. Murid akan saya bekalkan dengan 2 kad sehari untuk dilihat dan disebut. Apabila saya berjumpa dengannya,saya akan minta murid tunjukkan kad angka yang saya sebut. Murid akan bertanya kepada rakan rakan pada awalnya..tetapi selepas rehat,murid akan dapat menunjukkan angka yang betul...cubalah..menyeronokkan dan penuh `suprise..