Alahai....camner tuh....tidak dinafikan,ada murid yang ingatannya singkat...jadinya disinilah tugas guru untuk mempraktikaan ilmu kreatif dan kritis kita....
Selalunya murid ini tidak ingat rupa bentuk angka...9 dengan 6...3 dengan 2..7 dengan 9 .
Saya menggunakan teknik bermain tanah liat untuk membentuk angka. dan juga menggunakan kad poket. Murid akan saya bekalkan dengan 2 kad sehari untuk dilihat dan disebut. Apabila saya berjumpa dengannya,saya akan minta murid tunjukkan kad angka yang saya sebut. Murid akan bertanya kepada rakan rakan pada awalnya..tetapi selepas rehat,murid akan dapat menunjukkan angka yang betul...cubalah..menyeronokkan dan penuh `suprise..
No comments:
Post a Comment